Monday, 26 November 2012

Tanjung Batu Nenasi



Penulis: Zakspeed2000  (penulis luar yang membuat pemerhatian lebih kurang 3 tahun)
 (31 Aug 2012)
 
Tanjung Batu-Nenasi terletak dalam:
*      Parlimen Pekan, Pahang – Diketuai oleh Datuk Najib (PM)
*      DUN Bebar – Dato’ Ishak Hj Mohd.
o   [FOTO A01]
*      Penghulunya (Mk Bebar)- En Sis Mahmud


o    [FOTO A02]
*      Ketua Kampung(=Tok Pat) (Tg Batu): En Mudzafar Abu Samah


o   [FOTO A03]
Sila lihat [PETA A04] & [PETA A05]


 
Kedudukannya:
Ø  Ke utara 36km – Pekan; 80km – Kuantan
Ø  Ke selatan 51km – K.Rompin; 110km – Mersing; 260km – JB / P.Gudang
Ø  tepi Laut China Selatan dan mempunyai jaluran pantai yang kecil dan berpasir.

Sila lihat [FOTO A06] – [FOTO A10]

 


 



Terdapat sebuah bukit kecil di tepi pantai. Bukit ini merupakan salah satu dari tempat melihat anak bulan (puasa & raya).
Tidak berapa tinggi, lebih kurang 180 anak tangga sahaja.

Sila lihat [FOTO A11] – [FOTO A17]




Tg Batu-Nenasi:
Penduduknya lebih kurang 1000 org (31/8/2012) dan dijangka menjadi 2000 org dalam beberapa minggu ini bila perumahan baru siap (e-kasih) mula diduduki – khas untuk pekerja ladang yayasan.  

 [FOTO A18]



Tg Batu dan Nenasi pada asalnya adalah perkampungan nelayan seperti pesisiran pantai Terengganu sebelum Petronas.
Sila lihat [FOTO A19]-[FOTO A23]





Sekarang sebahagian kegiatan ekonominya telah berubah.
Sejak 20 tahun yang lalu ramai penduduknya telah bekerja dengan sebuah ladang dan kilang udang yang berdekatan – Agrobest Sdn Bhd. [FOTO A24 & A25]



 Ladang dan kilang ini memberi pekerjaan kepada lebih-kurang 700 orang dengan kapasiti pengeluarannya hampir 20 tan sehari dari 400 buah kolam yang keluasan puratanya hampir 1 hektar tiap satu.

Sebahagian lagi penduduknya menternak lembu dan kambing secara tradisi. Manakala sebahagian lagi kakitangan kerajaan, peniaga atau syarikat2 kecil dan pengusaha, seperti kontraktor, bengkel atau kilang keropok(Nenasi).

Kampung ini agak jauh dari kemudahan selesa bandar, tapi agak lengkap seperti klinik ibu mengandung, klinik kesihatan(Nenasi), balai polis(Nenasi), masjid, surau dan hubungan jalanraya yang baik.
Sekolah berdekatan adalah sekolah Keb Tg Batu; sementara sekolah menengah yang paling hampir pula ialah SMK Nenasi, terletak 8 km dari Tg Batu.

Infrastruktur seperti  internet / jalur lebar memang sangat malang – terlalu perlahan. Ramai yang merungut termasuk guru-guru. Terpaksa lari duduk bandar, barangkali.


Kampung ini agak unik kerana sekolah rendahnya (SKTB), [FOTO A26]

(i)                  Mempunyai 200 lebih murid dan 25 orang guru – satu nisbah yang cukup baik. Satu kelas lebihkurang 20 murid, mirip sekolah antarabangsa, di samping infrastruktur yang baik. Semangat kerjasama antara guru, murid & org kampung, tinggi. Saling kenal dan tak sombong. Bahkan pengawal keselamatan pun turut berinteraksi,  tahu hal sekolah, seperti  hari ini ada kelas koko, tasmik atau kelas dibatalkan; anak siapa yang sudah balik, bas sekolah sudah tiba ke belum dsbnya.
(ii)                Menjadi seperti pemangkin yang baik bagi kerjasama penduduk.
Dalam 200 lebih murid itu terdapat lebih kurang 80 murid dari kalangan orang Asli yg hampir semuanya bukan Islam. Mereka tinggal jauh sikit dari pantai. [FOTO A27 & A28]





Semangat kerjasama orang kampung, orang Asli (perhatikan betul-betul penglibatan mereka dalam foto-foto berikut) dan kaki tangan sekolah ini memang baik dan ‘sporting’. Contohnya bila sukan sekolah dan acara-acara sekolah, penyertaan ibu-bapa & remaja dalam acara2 tertentu agak mudah. Selain dari itu seperkara yang menarik ialah, bekas GB (Tn Hj Kamal) yang sudah 2 tahun pencen selalu datang. Nampak begitu lurus mencintai kerjaya & bekas sekolahnya. [FOTO A29, A30......-A35]




 

                                                                                                                                                                         


Persinggahan.
Jarak JB ke Tg Batu lebih kurang 260km. Ini menjadikan ia sesuai untuk berhenti rehat bagi perjalanan dari JB ke Kelantan atau Terengganu.
Tempat  singgah yang digemari ialah Masjid Tg Batu sendiri (foto).
Usaha mewujud serambi yang baru saja siap, oleh YB Dato’ Ishak dan Tok Pat En Mudzafar telah memberi kemudahan kepada orang yang singgah di samping boleh digunakan untuk banyak perkara tanpa memerlukan khemah.  [FOTO A36 & A37]


 
April (2012)yang lalu, masjid telah dihadiahkan lebih dari 200 buah buku-buku oleh Yayasan Nur – Felda.
Dengan itu, bila pemandu rehat / tidur, yang lain boleh baca buku.
                                [FOTO A38 & A39]


 ·        Di kawasan ini (Tg Batu) terdapat satu chalet tepi laut – Mysara
·         Di Nenasi (8km dari Tg Batu) pula terdapat beberapa chalet tepi laut dan tepi sungai. Salah satunya menyediakan khas untuk pemancing – lengkap dengan bot, tong air batu dan segala keperluan memancing.
·         Di sana (Nenasi) juga terdapat satu kilang keropok, pusat pendaratan ikan – persatuan nelayan
[FOTO A40 & A41]